<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8945932697099510258\x26blogName\x3dAlam+Kita+Dunia+Kita\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://alamkitaduniakita.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://alamkitaduniakita.blogspot.com/\x26vt\x3d3361298476508328390', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Cintai
Alam Sekitar;
Alam Kita
Biodata
Penghargaan
+ follow
Definisi Alam Sekitar
Wednesday 24 April 201304:37


Perkataan alam sekitar  membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.


Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.



Pencemaran Alam Sekitar
04:31



Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.



Pencemaran Udara
04:27

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.



Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).

Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekeliling tambahan pula kawasan yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan konkrit yang besar serta padat boleh mengundang bahaya terutamanya di kawasan kota yang paling akrab dan jelas dari pencemaran udara.Hal ini kerana gas-gas tidak dapat bebas bergerak dan akan terampai di atmosfera dan mengambil masa yang lama untuk terungkai.Umumnya bahan apapun yang diperkenal kepada seseorang yang mempunyai kesan merosakkan makhluk hidup dan persekitaran dianggap pencemaran udara.
Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang merupakan pemanasan bumi. Meskipun makhluk hidup seperti manusia dan haiwan mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas, karbon dioksida secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang berkaitrapat dengan kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti manusia lain yang melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti petrol dan gas alam.Gas rumah hijau lainnya termasuk metana yang digunakan dalam bahan penyejuk dianggap penting pada masa sekarang walaupun ia boleh menipiskan lapisan ozon.

Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah belerang dioksida.Sulfur dioksida dan kimia yang berkaitan dengan pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan fenomena penyebab hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika dilancarkan di atmosfera yang membuat sinar matahari dan menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung berapi boleh memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang boleh menyebabkan pendinginan yang berlangsung selama bertahun-tahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk mengurangkan kadar belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan kesihatan masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai saat ini,tahap suhu belerang dioksida lebih rendah benar-benar boleh membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh mendinginkan bumi dengan menghalang sinar matahari dan memotong jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya matahari masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.


Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh membendung pencemaran udara ini terbukti pada tahun 2002 dengan termenterainya satu perjanjian dengan anggota ASEAN mengenai Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan oleh jerebu yang melanda negara akibat pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos 2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga dilanda masalah yang sama akibat pembakaran hutan dan mengakibatkan dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor setelah indek pencemaran udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.


         Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya







Pencemaran Air
04:12



Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan untuk bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari, ianya akan kehilangan nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan menjadi ancaman kepada kesihatan kita dan kehidupan ikan yang hidup di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup kepadanya.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama.


Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia .
Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air.Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.




Punca pencemaran Alam Sekitar
04:07


Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain Itu,
Pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu,
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.


Seterusnya,
pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Akhir Sekali,
kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.



Kesan Pencemaran alam sekitar
03:38


Kesihatan manusia akan terjejas
•Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul.

Tumbuhan
• Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam

Hujan Asid
•Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi


Haiwan 
• Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.

Penipisan Lapisan Ozon
•Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penipisan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini




Langkah langkah menjaga alam sekitar
03:32


Melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu,
langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.



Seterusnya,
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Akhir Sekali,
Melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.




Kepentingan Alam Sekitar
03:22


Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.Di samping itu ia memberi keselesaan kepada manusia,ia juga sedikit sebanyak akan menjejeskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik.Dalam usaha kita untuk mengejar kemajuan negara,kita tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.Diantara kepantingan-kepentingannya adalah:

Kesihatan manusia terjamin.
Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.

Tarikan pelancong asing.
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat member pulangan kepada negara.

Pembekalan udara yang segar.
Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.



Ekosistem yang stabil.
Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam sekitar dan bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku.Diantaranya adalah pemanasan global. Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti naiknya permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan pola presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan berbagai jenis haiwan.Oleh itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.

Habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup.Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara.Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat tinggal bagi hidupan darat seperti gajah,harimau dan lain-lain.Didalam hutan itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka bermain.Oleh itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.Begitu juga dengan hidupan di air,sekiranya pencemaran air berlaku,hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan mengalami kepupusan.Oleh itu,alam sekitar yang tidak tercemar sangat penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini terpelihara.

Mengelakkan kepupusan.
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna.alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies haiwan.Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik.selain aktivuti penebengan hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan di sana.Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibentung.



Penutup
01:00



Kesimpulan yang boleh dibuat oleh kami berdua ialah , Alam sekitar merupakan khazanah yang sangat berharga. Pencemaran alam sekitar pada masa kini sangat kritikal dan membimbangkan. Masyarakat terutamanya memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga alam sekitar supaya alam sekitar kekal indah dan cantik. Cintailah alam sekitar demi masa depan kita dan generasi akan datang. Sekian terima kasih.